Popular Post

Posted by : Unknown Jan 11, 2014

Kawan-kawan semua dah siap buat e-mail? Kenapa e-mail itu penting agaknya? Salah satunya ialah kita memerlukan e-mail untuk membangunkan blog. Jika rakan-rakan telah mempunyai e-mail (gmail ), jom kita tengok pula cara nak membangunkan blog ya?
 
Pertama : 
Rakan-rakan perlu melawati laman www.blogger.com
 
 
Kedua:
Masukkan alamat e-mail dan password
Klik Sign in 
 
Ketiga :
Anda akan dipaparkan laman seperti berikut
Klik Continue to Blogger
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Keempat :
Apabila keluar paparan seperti di bawah
Klik butang New Blog
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
 
Kelima :
Isikan tempat kosong di bawah dengan
>>Title ( tajuk blog pilihan anda )
>>Address ( namakan alamat blog untuk blog baru anda
>>Template ( Pilih dan klik salah satu template yang dipaparkan )
Kemudian klik butang Create Blog
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
Boleh lihat contoh di bawah ini ya?
Di sini SR pilih Templat 'Watermark' untuk blog ini
 Jangan lupa klik Create Blog tuu
 
Keenam :
Lihat ! Blog 'Love Pain Killer' telah berjaya dibangunkan .. Yahhooo!!
Untuk mula menulis blog bolehlah klik link Start Posting tu ya?

 
Ketujuh :
Haa..tengok tu.. rakan-rakan bolehlah mula menaip.. tengok yang SR dh taip tu..
Mula-mula SR taipkan Tajuk Post  iaitu Salam Muhibbah
Kemudian, taiplah apa saja yang ingin diperkatakan dalam ruang yang disediakan tu
 
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas   
Kelapan :
Anda boleh tukar jenis font. Tapi pastikan higlight dulu teks yang ingin diubah jenis fontnya

Anda boleh tukar saiz font. Tapi pastikan higlight dulu teks yang ingin diubah saiz fontnya

Anda boleh tukar warna font. Tapi pastikan higlight dulu teks yang ingin diubah warna fontnya

Anda boleh tukar teks biasa menjadi pautan @link. Tapi pastikan higlight dulu teks yang ingin dijadikan link. Kemudian klik butang 'Link'

Masukkan Web address yang ingin disetkan sebagai link untuk teks yang telah dihighlightkan. Kemudian tekan OK.
Klik ikon seperti gambar di atas yang mewakili fungsi insert image umtuk memasukkan gambar

Klik Choose Files. Pilih dan klik gambar daripada komputer anda. Klik Open.

Klik pada gambar dan klik Add Selected

Taipkan dalam ruangan Labels umtuk menamakan kategori bagi post anda. Akhir sekali klik butang Publish.

 
Klik Share untuk kongsi dengan rakan di Google+ atau tekan Cancel jika tidak mau.

Ini senarai post yang telah diterbitkan dalam blog.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Shoutul Rayyan Dalam Sejarah - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -